comscore
Tumpuan :
Sukan

[VIDEO] Saya sanggup hilang gaji berpuluh ribu, asalkan keluarga selamat – Faisal Halim

 

SHAH ALAM: Bercerita mengenai insiden simbahan asid di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya, awal bulan lalu, Faisal Halim mengakui masih trauma.

Ketika dalam sidang media khas hari ini, Faisal berkata pernah menyuarakan hasrat kepada Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, untuk meninggalkan kerjaya dan pulang ke kampung asalkan keluarganya selamat.

“Saya beritahu Datuk (Shahril Mokhtar), saya sanggup hilang gaji berpuluh ribu, saya nak balik kampung duduk tenang, saya boleh bekerja walaupun sehari RM50-RM100, janji keluarga saya selamat.

“Saya tak perlu hidup ketakutan, sebab apa yang berlaku pada saya ini adalah di luar jangkaan yang saya tak boleh terima dan keluarga saya ketakutan,” katanya sebak.

Bagaimanapun sokongan orang ramai memberinya semangat untuk menjalani tempoh pemulihan dan kembali semula ke padang selepas dibenarkan pasukan perubatan.

“Keluarga saya semua dalam ketakutan tetapi doa orang ramai membuatkan saya bersemangat untuk meneruskan karier saya.”

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini