comscore
Tumpuan :
Sukan

[VIDEO] Cap jari di lokasi Faisal Halim disimbah asid tiada dalam rekod JPN


KUALA LUMPUR: Hasil semakan tiga daripada lapan kesan cap jari di lokasi kejadian simbah asid pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati tiada sebarang rekod ditemui.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sudah mendapatkan bantuan JPN bagi membuat semakan terhadap cari jari yang dianalisis pihak forensik.

“Apabila JPN periksa, tiada sebarang rekod dalam sistem. Kemungkinan cap jari ditinggalkan bukan ibu jari.

“Bagaimanapun, pihak polis giat mencari bukti-bukti bagi siasatan kes terbabit” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Sebelum ini dilaporka hasil analisa mendapati lima daripada lapan cap jari ditemukan di lokasi kejadian, tidak cukup sifat.

Tan Sri Razarudin dilaporkan berkata, baki tiga cap jari lagi tidak mempunyai padanan dalam pangkalan data Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ia berkemungkinan individu berkenaan tidak pernah ditahan polis dan tidak memiliki rekod kesalahan lampau.

Susulan itu, polis mengedarkan fotofit atau lakaran wajah individu disyaki suspek kejadian berkenaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali individu seperti lakaran itu diminta tampil bagi membantu siasatan.

Pada 9 Mei lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, polis sedang menganalisis cap jari yang ditemui di lokasi kejadian pemain negara itu disimbah asid.

Tambahnya hasil semakan kamera litar tertutup di lokasi kejadian mendapati suspek ada menyentuh beberapa kawasan dan meninggalkan cap jari.

Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada 5 Mei lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini