comscore
Tumpuan :
Sukan

Selangor naik tangga keempat Liga Super

Aksi pemain Selangor, Yohandry Orozco (kanan) ketika berdepan Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya di Petaling Jaya malam ini. – FOTO: Selangor FC.

PETALING JAYA: Selangor naik tangga keempat Liga Super apabila menundukkan Negeri Sembilan 4-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini sebentar tadi.

Meskipun memperoleh beberapa peluang untuk memulakan jaringan, Selangor terpaksa menunggu hingga minit ke-57 untuk membuka jaringan menerusi ronnie Fernandez.

11 minit kemudian, kali ini hasil rembatan deras Yohandry Orozco, Selangor menggandakan kedudukan.

Kedudukan Negeri Sembilan semakin sukar apabila Orozco melengkapkan gol kedua peribadi pada minit ke-75.

Kedudukan berubah kepada 4-0 memihak Selangor apabila pemain gantian, Reziq Bani Hani menjaringkan gol terakhir perlawanan.

Kemenangan itu menyaksikan Selangor yang juga naib juara Liga Super musim lalu mengumpul enam mata selepas tiga perlawanan.

Negeri Sembilan turun tangga tercorot dan masih gagal mengumpul sebarang mata selepas dua perlawanan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini