comscore
Tumpuan :
Sukan

Sepanyol layak ke Euro 2024

Pemain tengah Sepanyol, Gavi meraikan jaringan tunggal yang membantu kemenangan 1-0 ke atas Norway pada aksi kelayakan Euro 2024 di Stadium Ullevaal, Oslo awal pagi tadi. – FOTO Reuters

OSLO: Gol tunggal Gavi cukup untuk menghadiahkan Sepanyol tempat ke pusingan akhir Euro 2024.

Kemenangan 1-0 ke atas Norway awal pagi tadi, menyaksikan Scotland turut layak apabila menduduki tangga ke dua Kumpulan A.

Norway, yang diperkuat penyerang sensasi Manchester City, Erling Haaland masih mampu layak menerusi play-off.

Pada perlawanan yang berlangsung di Oslo itu, Sepanyol tidak memberi Haaland sebarang peluang untuk merobek pintu gol mereka.

“Dari serangan hingga pertahanan kami amat mantap, secara praktikal kami tidak membenarkan (Haaland) menerima sebarang umpanan bola dengan selesa,” kata pertahanan Sepanyol, Dani Carvajal kepada TVE.

“Mereka tidak dapat mencipta banyak peluang, kami pulang penuh kegembiraan dengan tiket ke Euro.”

Gavi memecah kebuntuan dan meletakkan Sepanyol di depan pada minit ke-49 selepas keadaan kelam-kabut dalam kawasan Norway, meledak masuk selepas percubaan Mikel Oyarzabal terbias dan singgah di kakinya.

Selepas VAR mengesahkan jaringannya, pemain tengah Barcelona berusia 19 tahun itu mampu meraikan gol kelima buat negaranya dalam 25 penampilan.

Kemenangan itu sekaligus membolehkan juara Euro 2008 dan 2012 itu layak ke kejohanan di Jerman pada musim panas akan datang dengan berbaki dua perlawanan. – AGENSI

Loading...
Terkini