comscore
Tumpuan :
Sukan

Skuad B-17 kebangsaan catat lima kemenangan & satu tewas di Doha

Foto: FAM

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya B-17 kendalian Osmera Omaro telah menamatkan kem latihan intensif selama dua minggu di Doha, Qatar.

Skuad B-17 kebangsaan itu mengharungi keseluruhan enam perlawanan persahabatan sejak 10 April lalu dengan meraih lima kemenangan dan satu kekalahan iaitu tewas 0-1 kepada Akademi Aspire B-17 pada aksi terakhir, malam tadi.

Para pemain akan berehat selama seminggu bermula Jumaat ini dan kembali melapor diri di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Pahang pada 28 April nanti.

Foto: FAM

Seramai 25 pemain telah dipanggil bagi kem latihan intensif di Doha kali ini sebagai persiapan menghadapi Piala Asia B-17 di Bangkok, Thailand dari 15 Jun hingga 2 Julai depan.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan A akan memulakan kempen bertemu Yemen di Stadium Thammasat pada 15 Jun, diikuti aksi kedua berdepan tuan rumah, Thailand di Stadium Pathum Thani, 18 Jun dan aksi terakhir kumpulan menentang Laos di Stadium Thammasat pada 21 Jun.

Loading...
Terkini