comscore
Tumpuan :
Sukan

Skuad hoki lelaki kebangsaan kekal ranking ke-10 dunia

 

Foto Hokita

Oleh: Fariz Zolkarnain

KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki kebangsaan kekal berada di ranking ke-10 dunia berdasarkan kemaskini ranking Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

Sekalipun menjuarai Piala Sultan Azlan Shah, 10 November lalu, skuad kendalian Arul Selvaraj itu mengumpul 1899.26 mata.

Australia kekal di ranking teratas dengan 3051.92 mata, sementara Belgium kedua (2857.72 mata) manakala Belanda ketiga (2846.53 mata).

Malaysia akan menyertai Piala Negara-Negara di Potchefstroom, Afrika Selatan dari 28 November hingga 4 Disember depan.

Skuad kebangsaan merupakan pasukan di ranking tertinggi pada kejohanan itu.

Malaysia diundi dalam kumpulan B bersama Korea Selatan (ranking ke-12), Kanada (ranking ke-14) dan Jepun (ranking ke-18).

Bagaimanapun, tugas berat menanti ‘The Speedy Tigers’ apabila beberapa pemain tonggak antaranya Marhan Jalil dan Faiz Helmi Jali tidak dapat beraksi di Piala Negara-Negara akibat mengalami kecederaan.

Selepas tamat Piala Negara-Negara, skuad kebangsaan akan beraksi di Piala Dunia yang akan berlangsung di India dari 13 hingga 29 Januari tahun depan disusuli menyertai Sukan Asia Hangzhou di China pada September.

Loading...
Terkini