comscore
Tumpuan :
Sukan

Skuad hoki wanita dalam Program Podium

FOTO: MHC/ Facebook

KUALA LUMPUR: Dalam persediaaan untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) mengesahkan skuad wanita akan menyertai pasukan lelaki dalam Program Podium sehingga Januari depan.

“Alhamdullilah kita berterima kasih kepada Majlis Sukan Negara kerana dalam perbincangan bersama Ketua Pengarah MSN Abdul Rashid Yaakub, pasukan lelaki memang dalam Program Podium (sejak 2017) namun wanita tidak, tetapi kita merayu dan dipersetujui dalam mesyuarat,” kata Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal

Tambah beliau, pasukan wanita sepatutnya hanya dalam Program Podium dari Jun hingga Oktober 2023 ketika persediaan ke Sukan Asia Hangzhou 2022, tetapi diberi peluang sama seperti skuad lelaki sehingga kelayakan Olimpik pada Januari depan dan pasti (program podium akan dinilai semula) selepas aksi kelayakan bergantung kepada hasilnya.

FOTO: MHC/ Facebook

Subahan berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan di MSN, Bukit Jalil di sini hari ini.

Skuad hoki lelaki akan beraksi dalam Kelayakan Olimpik di Muscat, Oman bermula 15 hingga 21 Jan depan, dan diundi menentang Great Britain, Pakistan dan China dalam Kumpulan A.

Sementara, skuad hoki wanita yang akan beraksi di Valencia, Sepanyol pada 13 hingga 24 Jan depan, diundi dalam Kumpulan B bersama Great Britain, Sepanyol dan Kanada.

Loading...
Terkini