comscore
Tumpuan :
Sukan

Sri Pahang tanpa Silva berdepan TFC

Penyerang Sri Pahang FC, Lucas Silva (kiri). – FOTO: Sri Pahang FC

KUANTAN: Sri Pahang FC terpaksa mengetepikan khidmat penyerang import dari Brazil, Lucas Silva apabila berdepan Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Jumaat ini.

Ia disahkan pengendali skuad Tok Gajah, Fandi Ahmad berikutan kecederaan dialami pemain berusia 33 tahun itu.

“Saya sahkan bahawa Sri Pahang tidak dapat menyenaraikan Silva kerana mengalami masalah kecederaan.

“Kecederaan itu menyebabkan dia terpaksa diketepikan untuk memastikan dia kembali pulih.

“Tanpa Silva, ia memberi masalah kepada pasukan terutama jentera serangan yang kini mengharapkan sentuhan Kpah Sherman.

“Namun, saya akan memastikan segalanya berjalan lancar apabila berdepan Terengganu, Jumaat ini,” katanya.

Pada perlawanan menentang Kuching City FC 18 April lalu, biarpun menang 1-0, khidmat Silva tidak dapat disenaraikan kerana masalah kecederaan.

Keadaan itu sudah pasti memberi kesan kepada percaturan lagenda bola sepak Singapura itu terutama di bahagian serangan.

Loading...
Terkini