comscore
Tumpuan :
Sukan

Sukan Para ASEAN: Adib Iqbal hadiahkan pingat emas kedua dari renang

Foto – Majlis Sukan Negara / Facebook

PHNOM PENH: Kem renang negara terus bersemarak mengejar podium juara di Sukan Para ASEAN (APG) hari ini apabila memenangi emas kedua.

Mohd Adib Iqbal Abdullah yang beraksi dalam acara 100 meter (m) kuak dada lelaki SB14 akhir menewaskan lapan pencabar lain.

Beliau mencatat 1 minit 9.54 saat (s) membolehkannya menjejaki langkah Fraidden Dawan di podium emas.

Perenang Filipina meraih pingat perak, sementara atlet Singapura mendapat gangsa.

Dua lagi rakan senegara yang beraksi dalam acara sama, Muhd. Zhafri Adam menduduki tempat keenam, sementara Duran Yaspi Imam Basori di posisi terakhir.

Loading...
Terkini