comscore
Tumpuan :
Sukan

SUKAN: SUKAN PARA ASEAN: Skuad renang tambah kilauan emas negara ke-40

Perenang negara yang menambah kutipan emas ke-40 Malaysia. FOTO: Facebook Majlis Sukan Negara Malaysia

PHNOM PENH: Perenang negara meneruskan prestasi cemerlang di Kompleks Sukan Stadium Nasional Morodok Techo menerusi tambahan empat lagi pingat emas menjadikan 40 kesemuanya setakat ini.

Zy Lee Kher yang bertanding dalam acara 200 meter (m) rampaian idividu SM5 lelaki merakam kepantasan tiga minit 32.57 saat (s) yang menyaksikannya turut melakar rekod baharu temasya.

Perenang negara yang menambah kutipan emas ke-40 Malaysia. FOTO: Facebook Majlis Sukan Negara Malaysia

Selepas itu, giliran Fraidden Dawan yang bersaingan dalam acara sama kelas SM10 lelaki menaiki podium juara menerusi masa dua minit 33.00 s.

Abdul Halim Mohammad pula menungguli saingan serupa bagi SM8 lelaki dengan catatan dua minit 48.41 s.

Perenang negara yang menambah kutipan emas ke-40 Malaysia. FOTO: Facebook Majlis Sukan Negara Malaysia

Disusuli Muhammad Nur Syaiful Zulkafli yang memastikan Malaysia memungut emas ke-40 temasya ke-12 dari pusat akuatik.

Lebih membanggakan masa 33.23 s yang dibuat Nur Syaiful itu merupakan rekod baharu temasya.

Perenang negara yang menambah kutipan emas ke-40 Malaysia. FOTO: Facebook Majlis Sukan Negara Malaysia
Loading...
Terkini