comscore
Tumpuan :
Sukan

Sukan PARA ASEAN: Ethan, Nicodemus sumbang tiga emas pertama negara di hari keempat APG

FOTO: Majlis Sukan Negara / Facebook

PHNOM PENH: Selepas cemerlang mencapai sasaran kutipan pingat sebanyak 33 emas di Sukan Para ASEAN 2023 semalam, kontinjen negara terus melebarkan pencapaian di hari keempat temasya.

Ethan Khoo memenangi emas dalam saingan renang 200 meter (m) gaya bebas S14 lelaki pagi ini.

Perenang berusia 19 tahun itu merakam catatan 2 minit 3.85 saat (s) di tempat pertama diikuti rakan senegara Bryan Lau yang meraih perak manakala wakil Thailand mendapat gangsa.

FOTO: Majlis Sukan Negara / Facebook

Selepas itu, atlet powerlifting negara Nicodemus Manggoi Moses menyerlahkan kejaguhannya menerusi dominasi dua pingat emas kategori 88 kilogram (kg) lelaki.

Nicodemus mengangkat bebanan 205 kg yang juga rekod temasya kategori angkatan terbaik.

Atlet kelahiran Sarawak itu kemudiannya dikalungkan emas kedua bagi jumlah keseluruhan sebanyak 595 kg mengenepikan pencabar sama dari Thailand yang meraih perak, serta gangsa milik Indonesia.

Loading...
Terkini