comscore
Tumpuan :
Sukan

Superkomputer ramal Man United tamatkan EPL musim ini di kedudukan ke-9

FOTO Reuters

LONDON: Superkomputer meramalkan Manchester United akan mengakhiri musim ini di kedudukan kesembilan – pencapaian terburuk kelab itu dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Manchester City pula diramal akan mencipta rekod baharu sebagai kelab paling banyak melakar kejuaraan berturut-turut apabila dijangka merangkul gelaran keempat berturut-turut pada Mei depan.

Arsenal sekali lagi akan menamatkan saingan di kedudukan kedua manakaal Liverpool diramal memperbaiki pencapaian musim lalu dengan berada di tempat ketiga.

Tottenham Hotspur akan mengisi slot terakhir empat kedudukan teratas tetapi dengan format baharu Liga Juara-Juara yang menawarkan lima tiket buat kelab Inggeris pada musim 2024/2025, Newcastle United diramal akan meraih slot terakhir beraksi di kejohanan berprestij Eropah itu.

Situasi itu bakal menyaksikan Aston Villa terlepas tiket ke Liga Juara-Juara dengan Brighton dan West Ham United masing-masing akan menamatkan saingan di tempat ketujuh dan kelapan.

Ia diikuti United yang mengalami permulaan terburuk dalam tempoh 34 tahun manakala Chelsea akan berada di tempat ke-10.

United yang dibimbing Erik ten Hag hanya menang tiga daripada lapan perlawanan pembukaan yang menyaksikan mereka di kedudukan ke-10 ketika rehat antarabangsa. – AGENSI

Loading...
Terkini