comscore
Tumpuan :
Sukan

Tang Jie -Ee Wei mesti pilih kejohanan, elak kecederaan – Liu Ying

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei perlu bijak pilih kejohanan untuk elak kecederaan menjelang Olimpik Paris. -Foto ihsan BAM

PETALING JAYA: Beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei disarankan agar bijak memilih bilangan kejohanan akan disertai mereka menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirai 26 Julai ini.

Bekas pemain beregu campuran negara, Goh Liu Ying berkata, langkah itu bagi mengelakkan kecederaan buat gandingan itu yang kini berada di ranking kelapan dalam kelayakan Olimpik untuk membuat penampilan sulung di temasya berprestij itu.

“(Pengiraan) Mata Olimpik pun sudah nak tutup, jadi saya rasa sekarang ialah masa untuk latihan sebagai persediaan ke Olimpik Paris 2024.

“Mungkin kita boleh main lagi beberapa kejohanan tidak lebih daripada lima sebelum Olimpik,” katanya Liu Ying.

Setiap negara mempunyai kuota maksimum dua wakil bagi satu kategori jika kedua-duanya menghuni kedudukan lapan terbaik sehingga tarikh akhir kelayakan pada 28 April ini.Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 itu turut berpendapat pakar psikologi mampu meningkatkan kekuatan mental Tang Jie dan Ee Wei yang juga naib juara Terbuka Switzerland 2024 itu.

“Mereka boleh mempamerkan aksi yang baik, tetapi mungkin terlalu nak menang jadi boleh menyebabkan prestasi mereka turun naik.

“Saya rasa keyakinan mereka memang ada, tetapi mungkin keinginan mereka terlalu tinggi jadi keadaan yang tak seimbang untuk sekarang,” katanya.

Liu Ying turut mencadangkan beregu itu supaya membuat persiapan berhubung kekuatan mental yang boleh membantu mereka dalam aksi di Olimpik Paris nanti.

–BERNAMA–

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini