comscore
Tumpuan :
Sukan

Tenis – Jiwa Nadal kosong selepas Federer bersara

Nadal masih tidak boleh menerima Federer sudah bersara. – FOTO: AFP

London: Rafael Nadal mengakui bahawa ‘sebahagian daripada kehidupannya hilang’ selepas musuh tradisinya, Roger Federer bersara.

Kedua-dua pemain meninggalkan gelanggang dengan penuh emosi pada aksi kompetitif terakhir jaguh Switzerland itu di Piala Laver September lalu.

Jumlah keseluruhan kejuaraan Grand Slam yang dikumpul antara mereka berdua ialah 42 gelaran dan ketika di Piala Laver mereka bergandingan dalam acara beregu di London.

Selepas tamat perlawanan itu, imej kedua-dua pemain menangis ketika mereka duduk bersebelahan menjadi viral.

“Seseorang yang saya kagumi, yang saya saingi dan juga saya berkongsi banyak perkara indah di dalam dan di luar gelanggang akan pergi.

“Dalam erti kata lain, perasaan yang anda miliki sebelum bermain final Grand Slam, kejohanan penting, semua yang ada di udara sebelum perlawanan itu. Ia berbeza daripada perlawanan lain.

“Anda tahu anda tidak akan melaluinya lagi dan sebahagian daripada hidup saya ditinggalkan bersamanya (semasa dia bersara). Ia juga meruntun emosi mengucapkan selamat tinggal kepada seseorang yang begitu penting dalam sukan kami,” kata Nadal kepada pemberita menjelang perlawanan pertunjukan di Argentina. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini