comscore
Tumpuan :
Sukan

Terengganu ‘tempah’ Safawi

Safawi dikatakan mahu kembali beraksi dalam Liga M kerana tidak selesa di Thailand. FOTO: FB Ratchaburi FC

KUALA LUMPUR: Ketika spekulasi bertiup kencang mengenai kepulangan Safawi Rasid ke Liga Malaysia (Liga M), Terengganu FC (TFC) tampak tidak mahu terlepas peluang untuk ‘menempah’ khidmat pemain sayap kebangsaan itu.

Ini kerana pengendali skuad ‘Penyu’, Tomislav Steinbruckner mengakui dia berminat untuk mendapatkan pemain dengan kaliber seperti Safawi yang pasti dapat membantu memantapkan lagi jentera serangan pasukan itu.

Sudah tentu saya berminat terhadap beberapa pemain seperti yang sudah kita bincangkan dan pemain yang ada kualiti seperti Safawi.

“Dia pernah bersama dalam pasukan saya pada 2015 dan dia adalah pemain yang berpengalaman. Memang saya ada beberapa pemain sayap tetapi mereka tidak berada pada tahap yang sama dengan Safawi,” katanya selepas tamat perlawanan menentang Selangor FC (SFC), malam tadi.

Terdahulu, TFC menutup aksi di bulan Ramadan dengan kekalahan besar apabila dibelasah ‘The Red Giants’ 5-1 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Ketinggalan 3-0 selepas rehat babak pertama, jaringan Ivan Mamut (m60) memberikan sedikit harapan untuk bangkit namun mereka dibolosi dua lagi gol untuk menoktahkan perlawanan dengan kekalahan 5-1.

Mengulas lanjut prestasi anak buahnya, jurulatih kelahiran Croatia itu jelas kecewa apabila anak buahnya melepaskan lima gol dalam tempoh 90 minit yang berpunca daripada kesilapan individu.

“Hampir setiap gol berpunca daripada kesilapan pemain dan dengan pemain berkualiti yang dimiliki SFC, mereka menghukum kita dan mereka boleh menjaringkan lebih banyak gol lagi.

Loading...
Terkini