comscore
Tumpuan :
Sukan

Tevez okay! – Independiente

Tevez akan kembali bertugas esok selepas disahkan sihat oleh kelabnya Independiente setelah menjalani rawatan di hospital. – FOTO: Reuters

BEUNOS AIRES: Bekas pemain Argentina, Carlos Tevez dibenar keluar hospital selepas menjalani pemeriksaan dada.

Menurut kelabnya, Atletico Independiente, pengendali berusia 40 tahun itu dibawa ke Hospital Trinidad di San Isidro selepas mengadu sakit dada.

“Carlos Tevez selesai menjalani pemeriksaan kesihatan dan dibenarkan keluar.

“Dia akan kembali ke rumahnya untuk berehat dan akan bersama pasukan dalam latihan esok,” kata Independiente

Tevez yang mengumpul 76 penampilan untuk Argentina dan bermain sebagai penyerang bersama Boca Juniors, Manchester United, Manchester City serta Juventus, membimbing Independiente sejak Ogos 2023.

Pemain yang sinonim dengan watak keras di padang, Tevez memenangi dua gelaran Liga Perdana Inggeris bersama United dan satu ketika di Man City.

Dia turut memenangi gelaran dua gelaran Serie A bersama Juventus dan selepas bersara pada 2021, Tevez membimbing kelab Rosario Central pada tahun 2022.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini