comscore
Tumpuan :
Sukan

TFC serah kepada polis, harap tiada spekulasi

Pemain Terengganu Football Club (TFC), Akhyar Rashid cedera di bahagian kepala dan kaki dalam kejadian samun di Kuala Terengganu malam tadi.

KUALA TERENGGANU: Terengganu Football Club (TFC) menyerahkan kepada pihak polis kejadian samun yang berlaku kepada pemain tonggaknya, Akhyar Rashid yang berlaku sekitar jam 8.30 malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Sabri Abas berkata TFC  berharap mereka yang terbabit dihadapkan ke muka pengadilan seberapa segera.

“Kelab Terengganu FC memandang serius terhadap perkara yang berlaku kepada pemain sayap itu, pihak kami menyerahkan kepada PDRM yang kini sedang melakukan siasatan terhadap perkara yang berlaku itu.

“Pada masa sama pihak kelab memohon tiada pihak yang membuat sebarang spekulasi liar terhadap insiden itu bagi mengelak gangguan terhadap proses siasatan pihak berkuasa.

“Kami juga menyeru kepada penyokong dan peminat bola sepak di seluruh negara agar dapat mendoakan kesembuhan pemain itu.

“Pihak TFC juga mengharapkan semua pemain berwaspada dan lebih berhati-hati selepas ini bagi mengelak perkara sama berulang,” kata Mohd Sabri.

Terdahulu tular dalam media sosial termasuk Facebook dan WhatsApp, pemain kelahiran Kedah itu menjadi mangsa samun selepas pulang makan malam sempena menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25.

Pemain pinjaman Johor Darul Ta’zim (JDT) itu yang beraksi di bahagian serangan menjadi sandaran skuad Penyu bersama gandingannya juga dipinjam daripada Harimau Selatan, Safawi Rasid pada musim ini.

Akhyar kini berada dalam keadaan stabil selepas diberi rawatan awal di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini