comscore
Tumpuan :
Sukan

‘The Speedy Tigers’ jumpa Korea di Separuh akhir

Foto: AHF/ Hockey India

Oleh: Al Shaiful Nazib Talib

CHENNAI: Kemenangan 1-0 berjaya dirakam ‘The Speedy Tigers’ ke atas Korea pada aksi terakhir peringkat kumpulan dalam saingan Trofi Juara-Juara Asia 2023 (ACT).

Ia menyaksikan skuad kendalian Arul Selvaraj menamatkan aksi di kedudukan kedua kumpulan selepas mengumpul 12 mata hasil daripada empat kemenangan yang dilakar.

Foto: AHF/ Hockey India

Dan pastinya percaturan baharu harus diatur Arul dengan perlawanan peringkat separuh akhir akan mengambil tempatnya esok.

Lebih mengujakan, ‘The Speedy Tigers’ sekali lagi akan berdepan dengan pasukan Korea bagi perebutan tiket ke perlawanan akhir.

Foto: AHF/ Hockey India

 

“Satu persembahan yang bagus dari semua pemain dengan tenaga yang tinggi menguasai lebih daripada 50 ke 55 peratus, dan juga pergerakan bola yang bagus, kedudukan barisan serangan kita nampak lebih yakin untuk menerima bola dan bergerak dengan bola.

“Kemenangan 1-0 yang sedikit sebanyak membanggakan adalah kebanyakan jaringan kita setakat ini dengan empat kemenangan daripada lima perlawanan, kita telah menjaringkan lapan gol padang, itu satu yang menggembirakan kita dalam skuad ini disebabkan kita dapat menjaringkan gol dan kita juga mendapatkan pukulan sudut penalti dengan bagus.

Foto: AHF/ Hockey India

“Untuk perlawanan seterusnya untuk separuh akhir, kita akan berehat, kita akan turun padang satu jam untuk membuat sedikit sebanyak latihan pukulan sudut penalti dan ‘shootout’.

“Kita akan bertemu dengan Korea balik, jadi kita harus bermain seperti ini tetapi kita perlu meningkatkan taktikal bermain dalam kawasan lawan, dan teknik pukulan sudut penalti kita,” kata Arul.

Pertemuan Malaysia Korea dijadualkan berlangsung jam 8 malam esok dan pastinya Malaysia mahu memperbaiki pencapaian tempat ketiga yang diraih pada lima edisi berturut-turut sejak 2011.

Loading...
Terkini