comscore
Tumpuan :
Nasional

Jabatan Imigresen Johor bongkar taktik pendatang tanpa izin (Pati) elak ditahan

Oleh: Zahir Senapiah

PASIR GUDANG: Taktik segelintir pekerja warga asing melarikan diri dan menyorok di ruang bawah tanah bagi mengelak diberkas pihak berkuasa akhirnya dibongkar.

Ia susulan serbuan sekumpulan 90 pegawai penguatkuasa jabatan Imigresen Johor di sebuah tapak pembinaan kawasan perindustrian Pasir Gudang pagi tadi.

Bertindak hasil maklumat awam sepasukan pegawai penguatkuasa jabatan Imigresen Johor diketuai Norfaizal Rahim menyerbu tapak pembinaan berkenaan kira-kira jam 10.20 pagi tadi.

Ketika operasi dijalankan semua pekerja warga asing sedang sibuk melakukan kerja-kerja pembinaan bangunan kilang semikonduktur ini.

Sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa segelintir pekerja asing bertindak melarikan diri dan menyorok di ruang bawah tanah bangunan yang sedang dalam pembinaan.

Bagaimanapun taktik mereka berjaya dihidu pegawai penguatkuasa

Hasilnya, lebih 500 pekerja asing diperiksa dan daripada jumlah itu lebih 200 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan.

Ia membabitkan 51 lelaki dan dua wanita warga China, 132 lelaki warga Bangladesh, 10 lelaki Myanmar, enam Pakistan, tiga Indonesia dan dua Vietnam yang berumur 18 hingga 41 tahun.

Mereka didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial, tinggal lebih masa serta tiada dokumen perjalanan yang sah.

Seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun turut diberkas dipercayai melindungi Pati berkenaan.

Ia ditahan mengikut Seksyen 56 kurungan satu, kurungan d,  Akta Imigresen 1959/63.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6 kurungan satu, kurungan C  dan Seksyen 15 kurungan satu, kurungan C, Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini