comscore
Tumpuan :
Sukan

Tiga layangan kad merah bantu United singkir Fulham

FOTO: AFP

OLD TRAFFORD: Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Fulham 3-1 sekaligus mara ke separuh akhir Piala FA Inggeris.

Pelawat menyingkap gol pembukaan pada babak kedua menerusi jaringan Aleksandar Mitrovic, minit ke-50.

Bagaimanapun tiga layangan kad merah ke atas pengurus, Marco Silva dan dua pemain, Willian serta Mitrovic selepas itu jelas mengubah keseluruhan aksi Fulham di tempat lawan.

Bruno Fernades mudah menyempurnakan sepakan penalti, minit ke-75, disusuli gol kedua Marcel Sabitzer, hanya dua minit berselang.

Fernandes sekali lagi mencetak nama selaku penjaring ketiga pada masa kecederaan sekaligus menghadiahkan separuh akhir pertama buat United dalam tempoh tiga tahun.

United akan merebut tiket ke final menentang Brighton, 22 April ini.

FOTO: AFP

Brighton mara ke kelompok empat terbaik selepas mudah mengatasi cabaran Grimsby 5-0 di Stadium Amex.

Mendahului pada babak pertama melalui jaringan Deniz Undav seawal minit keenam, tuan rumah menambah empat lagi gol selepas rehat menerusi penyudah Evan Ferguson (minit ke-51 dan minit ke-70), Solly March (minit ke-82) serta Kaoru Mitoma di penghujung permainan.

FOTO: AFP

Turut mara ke separuh akhir adalah Sheffield United yang menyingkirkan Blackburn 3-2 di Bramall Lane.

Sheffield United terpaksa bangkit dua kali sebelum Thomas Doyle muncul wira dengan gol menarik dari luar kotak penalti, pada minit-minit akhir permainan.

Sheffield dijadual berdepan Manchester City juga 22 April ini.

Loading...
Terkini