comscore
Tumpuan :
Sukan

UEFA denda Barcelona, Manchester United

Barcelona dan Manchester United masing-masing didenda 500,000 euro (RM2.545 juta) dan 300,000 euro (RM1.527 juta) oleh UEFA selaras peraturan ‘Financial Fair Play’ (FFP) badan itu.

Barcelona didenda kerana salah lapor berhubung keuntungan daripada “pelupusan aset tidak ketara” yang tidak sepatutnya dicatatkan sebagai pendapatan.

UEFA dalam kenyataannya bagaimanapun tidak menyebut aset yang telah dijual oleh Barcelona itu.

Sementara bagi Manchester United, ia didenda kerana tidak mencapai sasaran bagi bisnes berkaitan bola sepak termasuk pemindahan pemain, gaji dan cukai sosial.

Panel kewangan kelab UEFA menyifatkan kesalahan oleh United itu adalah kecil dan hampir sama seperti yang pernah dilakukan oleh APOEL dan Konyaspor dengan masing-masing didenda 100,000 euro (RM509,000).

Barcelona dan United masing-masing memperolehi jutaan euro sebagai ganjaran wang tunai daripada UEFA sebaik tamat musim lalu.

Barcelona yang beraksi di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah kemudian tewas kepada United di perlawanan kalah mati ‘playoff’ Liga Europa.

Perjalanan United juga tidak lama apabila tunduk di peringkat suku akhir kepada pasukan yang akhirnya bergelar juara, Sevilla.

Loading...
Terkini