comscore
Tumpuan :
Sukan

United gagal ke separuh akhir Liga Europa

FOTO: Reuters

SEVILLA: Hasrat Manchester United untuk mara ke separuh akhir Liga Europa musim ini tidak kesampaian apabila tewas 0-3 kepada Sevilla, awal pagi tadi.

Segalanya serba tidak menjadi buat anak buah Erik Ten Hag apabila ketinggalan seawal minit kelapan menerusi jaringan Youssef En Nesyri.

Loic Bade menambah gol kedua Sevilla, dua minit selepas rehat sebelum En Nesyri sekali lagi mencetak nama selaku penjaring ketiga, minit ke-81.

Kekalahan itu menyaksikan United gagal meneruskan kemaraan ke kelompok empat terbaik selepas tunduk dengan agregat 2-5 kepada Sevilla.

Sevilla dijadual menentang Juventus di separuh akhir selepas wakil Itali itu mengikat Sporting CP 1-1 di tempat lawan untuk mencatat kemenangan agregat 2-1.

Sementara itu AS Roma dan Bayer Leverkusen melengkapkan satu lagi aksi separuh akhir selepas menewaskan lawan masing-masing.

AS Roma mara dengan agregat 4-2 ke atas Feyenoord, manakala Bayer Leverkusen menewaskan Royale Union SG dengan agregat 5-2.

Aksi separuh akhir pertama akan berlangsung pada 12 Mei sementara separuh akhir kedua, 19 Mei.

Loading...
Terkini