comscore
Tumpuan :
Sukan

United sedia tawar RM1.7 juta seminggu pikat Kane

United dilaporkan mahu mendapatkan pemain Tottenham Hotspur, Harry Kane. Foto REUTERS

LONDON: Manchester United dilaporkan bersedia menjadikan Harry Kane sebagai salah seorang pemain berpendapatan tertinggi dalam kelab itu dengan tawaran perjanjian mengejutkan bernilai £300,000 (RM1.7 juta) seminggu untuk berpindah ke Old Trafford.

Kane kini berada dalam senarai Tottenham, namun United memulakan perbincangan mendapatkan kapten England itu, dengan pengurus Erik ten Hag memberi keutamaan untuk membawa masuk penyerang baharu pada musim panas.

Kelab itu juga membuat tawaran untuk menaikkan gaji Marcus Rashford kepada angka sama kerana mereka ingin mengikat pemain sayap itu dengan perjanjian jangka panjang yang baharu, menurut The Sun.

Rashford akan memasuki tahun terakhir kontraknya pada penghujung musim dan United terdesak untuk mengekalkan pemain yang berkembang dari bakat muda kelab itu.

Dana tambahan itu dilaporkan akan diperoleh menerusi kontrak baharu David de Gea yang akan menyaksikan penurunan gaji mingguannya dan hilang status sebagai pemain berpendapatan tertinggi skuad itu.

Perjanjian baharu De Gea dikatakan akan menyaksikan gajinya berkurang daripada jumlah semasa, £375,000 (RM2 juta) seminggu kepada tawaran baharu berjumlah £200,000 (RM1.1 juta) seminggu.

Ia akan memberikan lebih banyak wang untuk mendapatkan Kane sekiranya dia memutuskan untuk berpindah ke United, bersama-sama dengan menaikkan gaji Rashford.

Loading...
Terkini