comscore
Tumpuan :
Sukan

Yew Sin-Ee Yi tewaskan beregu nombor satu dunia

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) apabila menumbangkan gandingan nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebentar tadi.

Turun selaku pilihan kelapan, beregu negara berdepan ranjau terbesar apabila dijadualkan bertemu gandingan pilihan utama berkenaan memandangkan mereka tewas tujuh daripada 10 pertemuan lalu.

Pada set pertama, Yew Sin-Ee Yi mencatat kemenangan 22-20 dan wakil negara itu menamatkan pertarungan selama 37 minit pada set kedua dengan kemenangan 21-15.

Mereka akan menanti pemenang antara beregu pilihan keempat dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dan satu lagi beregu Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana, bagi penentuan ke final esok.

Loading...
Terkini