comscore
Tumpuan :
Dunia

Lelaki mati ditumbuk isteri kerana enggan bawa bercuti ke Dubai

Foto hiasan

NEW DELHI: Seorang lelaki maut selepas dia ditumbuk pada hidung oleh isterinya gara-gara mangsa enggan membawanya ke Dubai untuk bercuti sempena sambutan hari lahirnya, lapor portal The Times of India.

Lelaki berusia 36 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut laporan, kejadian berlaku pada Jumaat di kediaman pasangan itu di kawasan Wanavdi, Pune.

Mangsa dikenali sebagai Nikhil Khanna, seorang ahli perniagaan dalam industri pembinaan, berkahwin dengan isterinya, Renuka, 38, enam tahun lalu.

Menurut pegawai kanan polis di balai Polis Wanavdi, pasangan itu bergaduh kerana Nikhil tidak membawa Renuka ke Dubai untuk meraikan hari lahirnya.

“Kejadian itu berlaku pada petang Jumaat. Mengikut siasatan, pasangan itu bergaduh kerana Nikhil tidak membawa Renuka ke Dubai untuk meraikan hari lahirnya dan tidak memberikan hadiah mahal pada hari jadi dan ulang tahunnya.

“Renuka juga kecewa dengan Nikhil kerana tidak memberikan sambutan yang menggalakkan terhadap hasratnya untuk pergi ke Delhi untuk menyambut hari lahir bersama beberapa saudara,” katanya.

Semasa pergaduhan itu, Renuka bertindak menumbuk muka Nikhil.

“Kesan tumbukan itu sangat kuat sehingga hidung dan beberapa gigi Nikhil patah. Dengan pendarahan yang banyak, Nikhil tidak sedarkan diri,” katanya.

Susulan kejadian itu, Renuka kini ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Loading...
Terkini