comscore
Tumpuan :
Sukan

 Zii Jia kekalkan momentum kemenangan

FOTO: BAM / Facebook

PETALING JAYA: Kejayaan menundukkan Ng Tze Yong pada pusingan  pertama bagaikan menyuntik motivasi tambahan buat Lee Zii Jia apabila dia meneruskan kemaraan ke suku akhir Kejohanan Badminton Masters China di Shenzhen hari ini.

Pada pusingan kedua  tiada masalah buat Zii Jia  yang berada di kedudukan ke-11 dunia ketika ini  menewaskan pemain tuan rumah Lu Guang Zu 21-10, 21-12  pemain ke-16 dunia, dalam masa 40 minit.

Ini pertemuan kali keempat kedua-dua pemain dengan Zii Jia melebarkan rekod kemenangan 4-1 ke atas juara Terbuka Australia dan Kanada itu.

Menanti Zii Jia pada suku akhir, pemenang di antara pemain Jepun, Kenta Nishimoto dan Kunlavut Vitidsarn pilihan ke-4 dari Thailand yang bertemu pada satu lagi aksi pusingan kedua hari ini.

Tiga lagi wakil negara beraksi pada pusingan kedua hari ini, perseorangan wanita Goh Jin Wei serta  beregu lelaki Aaron Chia – Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong – Kai Wun Tee

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini