comscore
Tumpuan :
Tragedi

10 rumah setinggan terbakar

Kebakaran memusnahkan 10 rumah setinggan di Kampung Puyut, Lahad Datu awal pagi tadi. – Foto: Ihsan Bomba

LAHAD DATU: Sekurang-kurangnya 10 rumah di kawasan setinggan di Kampung Puyut, musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 4.30 pagi itu, semua rumah jenis tidak kekal itu musnah sepenuhnya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, panggilan kecemasan diterima jam 4.34 pagi.

Sepasukan 20 anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digegaskan lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan operasi segera melancarkan operasi mengawal api daripada terus merebak ke rumah berhampiran.

“Kebakaran dikawal pada 5.41 pagi dan ketika ini pasukan operasi masih giat menjalankan kerja-kerja pemadaman,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Setakat ini, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

“Tiada mangsa yang terbabit dan sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya. -BERITA HARIAN

Loading...
Terkini