comscore
Tumpuan :
Tragedi

15 motosikal terbakar di Flat Tuna

Foto: NSTP

Oleh Naim Fitri Abu Bakar

SEBERANG JAYA: Sebanyak 15 buah motosikal musnah dalam kebakaran di kawasan meletak kenderaan di Flat Tuna D4 di Jalan Seberang Jaya, di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia (PBPM) negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.11 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati kebakaran membabitkan 15 buah motosikal yang diletakkan di kawasan parkir rumah pangsa berkenaan.

Foto: NSTP

“Sebanyak sembilan buah motosikal terbakar 95 peratus manakala enam lagi terbakar 50 peratus dan kebakaran turut membabitkan sebuah stor penyimpanan peralatan sembahyang musnah sebanyak 80 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada jam 5.40 pagi dan kebakaran tidak membabitkan kemalangan jiwa.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini