comscore
Tumpuan :
Tragedi

Anggota polis maut selepas selesai tugasan PRU

| Oleh Selwam Arjunan

SEBERANG PERAI : Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan petugas Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (PROPEL) di Kilometer 5.3 Jambatan Pulau Pinang, menghala ke pulau, di sini, hari ini.

Mangsa, Koperal Abu Talib Sarif, 33 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian .

Nahas berlaku kira-kira jam 12.45 tengah malam tadi ketika mangsa yang bertugas di Bahagian D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Batu Uban selepas selesai tugasan keselamatan membabitkan PRU-15 di Bukit Mertajam.

Motosikal ditunggang mangsa dipercayai melanggar bahagian belakang pacuan empat roda jenis Toyota Hilux milik PROPEL.

Akibat pelanggaran, mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi.

Mangsa yang sudah berumahtangga itu difahamkan baru dipindahkan ke Bahagian D9 pada Oktober lalu .

Beliau sebelum ini bertugas di Bahagian Trafik.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Tan Cheng San mengesahkan kejadian berkenaan dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Loading...
Terkini