comscore
Tumpuan :
Bencana

[VIDEO] Kawasan sekitar bandar Gua Musang dilanda banjir

GUA MUSANG: Beberapa kawasan di sekitar bandar ini dinaiki air susulan hujan lebat berterusan selama lebih sejam.

Banjir menyebabkan beberapa laluan terhalang dan hanya boleh dilalui kenderaat berat.

Antara kawasan dinaiki air adalah di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di Bandar Baru, selain persimpangan lampu isyarat berdekatan restoran makanan segera KFC dan Taman Tropika di sini.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Gua Musang, Mohd Yussalmi Mohd Yusoff, berkata sehingga jam 3 petang hujan masih berlaku di bandar.

“Kami menasihatkan pengguna jalan raya berhati-hati dan tidak meredah air kerana boleh membahayakan nyawa.

“Ketika ini hujan masih lagi lebat dan kita berharap ia segera berhenti dan air juga cepat surut,” katanya.

Dalam pada itu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri di Semenanjung dan Sarawak sehingga 7 malam ini.

Loading...
Terkini