comscore
Tumpuan :
Tragedi

Pelajar Jatuh Dari Tingkat Tiga Sekolah

Foto: Borneo Channel

Di Kuching, hari pertama sesi persekolahan di SMK Petra Jaya, bertukar tragedi apabila seorang pelajar tingkatan lima sekolah terbabit terjatuh dari tingkat tiga sekolah terbabit.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 6.30 pagi, ketika pelajar berkenaan berada berhampiran bilik darjahnya.

Sejurus itu, mangsa seorang pelajar berusia 17 tahun terus dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak menggunakan ambulans.

Bagaimanapun mangsa terselamat dan setakat ini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Punca kejadian kini masih dalam disiasat.

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi pelajar yang mengambil peperiksaan awam.

Bangunan SMK Petra Jaya yang menjadi lokasi pelajar tingkatan lima terjatuh.
Loading...
Terkini