comscore
Tumpuan :
Tragedi

Tebing sungai, halaman rumah runtuh ketika hujan lebat

Foto Ihsan Bomba

SEREMBAN: Hujan lebat yang melanda petang tadi menyebabkan tebing sungai berhampiran Taman Sri Anggerik, dekat Rantau, di sini, runtuh petang tadi.

Kejadian berlaku ketika hujan lebat kira-kira jam 3.50 petang itu turut menyebabkan halaman hadapan sebuah rumah di kawasan sama runtuh, namun tiada mangsa dilapor cedera.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan memaklumkan, kejadian tanah runtuh terbabit adalah yang kedua berlaku kedua di lokasi sama selepas kali pertama pada awal bulan lalu.

“Pihak kami menerima panggilan jam 3.51 petang sebelum sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau bergegas ke lokasi.

Foto Ihsan Bomba

“Pemantauan awal mendapati tebing sungai di Jalan TSA 1/A, Taman Sri Anggerik runtuh.

Sungai berkenaan berada bersebelahan salah sebuah rumah penduduk dan mengakibatkan bahagian hadapan rumah turut runtuh,” katanya melalui kenyataan, hari ini.

Pihak bomba berkata, pemantauan lanjut mendapati kejadian dan situasi di lokasi turut memberi risiko kepada beberapa rumah lain, lantas menasihatkan penghuni rumah terbabit dan beberapa kediaman lain berpindah sementara waktu sehingga keadaan disahkan selamat.

“Insiden ini kini di bawah pemantauan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) kerana kejadian pertama berlaku pada malam 11 November lalu membabitkan runtuhan tebing sungai,” katanya.

Loading...
Terkini