comscore
Tumpuan :
Tragedi

[VIDEO] Tragedi Batang Kali: Tapak perkhemahan beroperasi secara haram sejak 2020

Operasi mencari mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm Jalan Genting, Batang Kali. – FOTO: NSTP/Effendy Rashid

HULU SELANGOR: Tiga tapak perkhemahan yang terbabit dalam kejadian runtuhan cerun di Jalan Batang Kali-Goh Tong dikenal pasti beroperasi secara haram sejak 2020.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, ketiga-tiga tapak berkenaan  hanya memiliki Kebenaran Merancang untuk aktiviti pertanian organik yang diluluskan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) pada 2019.

Justeru, pengusaha tapak perkhemahan berkenaan dikenal pasti melanggar peruntukan di bawah Akta Jalan Saliran dan Bangunan 1974 (Akta 133) yang memperuntukkan hukuman penjara selama tiga tahun atau denda maksimum RM50,000.

“Kerajaan akan ambil tindakan tegas (ke atas pengusaha). Kedaulatan undang-undang adalah Rukun Negara kita, tiada siapa yang boleh melangkaui undang-undang.

“Malah, tindakan ini bukan hanya tertakluk kepada pengusaha tapak ini, sebaliknya akan diperluas ke seluruh negara. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh mengeluarkan kompaun manakala Pejabat Peguam Negara (AGC) akan membuat pertuduhan di mahkamah.

“(Semua pengusaha tapak perkhemahan tidak berlesen diminta) hentikan operasi masing-masing, segera mohon lesen sebelum tindakan diambil,” katanya pada sidang media di sini.

Loading...
Terkini