comscore
Tumpuan :
Nasional

Garis panduan baharu kawasan riadah selamat berkuat kuasa 2024

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming ketika menurunkan tandatangan sebagai gimik melancarkan Garis Panduan Perancangan (GPP) Tapak Perkhemahan yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Taman Dr Seenivasagam, di sini hari ini. – Foto: NSTP

IPOH: Garis Panduan Perancangan (GPP) Tapak Perkhemahan baharu akan berkuat kuasa mulai tahun depan yang akan menjadi rujukan pengusaha tapak perkhemahan berkaitan permohonan lesen bagi memastikan kawasan riadah selamat untuk pengunjung.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, semua pengusaha tapak perkhemahan diberi tempoh pemutihan selama dua tahun bagi mematuhi syarat yang ditetapkan.

Prinsip kawasan riadah selamat menjadi panduan kepada operator tapak perkhemahan di negara ini, serta pelesenan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Pertama, kesesuaian lokasi , dua tempat memang boleh dimajukan, kemudahan awam wajib disediakan seperti tandas , surau, lighting, internet dan lain-lain, ” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis pra pelancaran GPP Tapak Perkhemahan di sini.

Garis panduan itu hasil libat urus dalam tempoh 10 bulan, termasuk perjumpaan dengan 150 pengusaha tapak perkhemahan.

GPP dirangka susulan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor, pada 16 Disember tahun lalu.

Tragedi kira-kira jam 2.30 pagi itu membabitkan 92 mangsa, menyebabkan 31 orang terkorban termasuk 13 kanak-kanak di kawasan perkhemahan berkenaan.

Loading...
Terkini