comscore
Tumpuan :
Nasional

Hilang selera, jumpa bangkai cicak dalam nasi lemak 

Tangkap layar video tular

PETALING JAYA : Hasrat seorang gadis untuk menikmati sebungkus nasi lemak bertukar loya apabila objek disangka ikan bilis rupa-rupanya cicak.

Fatihahh menerusi akaun TikTok miliknya berkongsi video berdurasi 17 saat menunjukkan dia sedang menguis ‘sambal’ tersebut menggunakan sudu.

“Berniaga boleh tak jangan pengotor sangat? Pengotor tahap apa cicak sebesar alam boleh ada dalam nasi lemak.

“Hilang selera makan aku,” tulisnya menerusi kapsyen.

Pengguna lain turut menyifatkan kejadian itu sungguh menggelikan, malah ada yang berkongsi pengalaman hampir serupa.

Perkongsian itu menerima hampir 700,000 tontotan dan lebih 3,000 komen sejak ia dikongsi semalam.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah gerai di Taman Tasik Permaisuri.

Loading...
Terkini