comscore
Tumpuan :
Nasional

Pasir Mas, Rompin, Selangau kekal rekod cuaca panas tahap satu

Penternak kerbau, Mohd Rahimi Ibrahim, 56 sedang memandikan haiwan ternakannya di Kampung Salor, Pasir Mas. Pasir Mas antara daerah yang mencatatkan status cuaca panas tahap satu. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Pasir Mas, Rompin dan Selangau kekal merekodkan cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga, dengan suhu mencecah 35 darjah Celsius (C) hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dalam kenyataan di laman web rasminya sebentar tadi.

Status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah C sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang awam boleh rujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ .

Orang awam dinasihat sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Loading...
Terkini