comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Terengganu & Kelantan 

KUALA LUMPUR: MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu, sehingga Isnin depan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan, di Kelantan, keadaan hujan berterusan tahap bahaya ini diramal di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah,Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Manakala di Terengganu pula membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.Sementara itu, hujan berterusan tahap buruk diramal berlaku di tiga negeri iaitu di Perak (Hulu Perak), Kelantan (Gua Musang) dan Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).

“Amaran hujan berterusan tahap waspada pula dikeluarkan bagi Perlis, Kedah, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, dan Manjung) selain Jerantut dan Kuantan di Pahang,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.

Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini