comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiada lagi subsidi elektrik, haji untuk T20  – Anwar

KUALA LUMPUR : Golongan berpendapatan tinggi atau T20 tidak lagi akan menerima subsidi sama ada untuk penggunaan elektrik atau menunaikan haji.

Perdana Menteri berkata Pangkalan Data Utama (PADU) iaitu sistem penyelarasan data yang dijangka siap menjelang akhir hujung tahun ini akan menyelaras penilaian agihan subsidi kepada golongan yang layak.

“Kita tidak naikkan kadar elektrik melainkan kepada T20. Untuk T20 saja iaitu rumah besar (didiami T20), tidak akan diberi subsidi elektrik dan pangkalan data utama PADU akan dapat menyelaraskan semua.

“Bantuan kewangan haji kepada B40 kita tambah, tetapi kepada T20 tidak ada lagi tambahan dan subsidi dari kerajaan.

“Mereka (T20) harus tanggung kos sepenuhnya haji kerana mereka mampu (bayar),” katanya pada sesi soal jawab lisan pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PN-Larut) yang mahu mengetahui dasar-dasar baharu dan drastik yang sudah dilaksanakan sejak memimpin Malaysia bagi melonjakkan ekonomi negara, dengan mengambil kira risiko penguncupan ekonomi dunia.

Loading...
Terkini