comscore
Tumpuan :
Dunia

Lebih 20 maut akibat cuaca buruk di Oman

MUSCAT: 20 terbunuh akibat hujan lebat sejak tiga hari lalu di Oman

Usaha mencari seorang kanak-kanak perempuan warga asing yang dilaporkan hilang di Wilayat of Saham sedang giat dijalankan pasukan penyelamat

Kebanyakan wilayah di Oman dilanda angin kencang beserta hujan lebat dengan rekod tertinggi hampir 200 milimeter dicatatkan di Buraimi

Lapor media Times of Oman, kenderaan penduduk dihanyutkan arus deras dan puluhan penduduk juga terperangkap di kediaman masing-masing

Pasukan polis menjalankan pelbagai operasi termasuk memindahkan pesakit dan penduduk yang terkandas

Setakat ini kira-kira 1,400 penduduk sedang berlindung di 18 pusat pemindahan sementara di Sultanate

Jabatan Kaji Cuaca turut meramalkan lebih banyak taburan hujan hari ini. – TIMES OF OMAN

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini