comscore
Tumpuan :
Dunia

Letusan Gunung Ruang tak jejaskan kualiti udara Malaysia

 

KUALA LUMPUR: Letusan Gunung Berapi Ruang di Sulawesi Utara, Indonesia pada Selasa minggu lalu tidak menjejaskan kualiti udara negara termasuk di Semenanjung, Sabah mahupun Sarawak.

Ketua Pengarah Alam Sekitar (JAS), Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, berdasarkan data JAS setakat 12 tengah hari ini, letusan tidak memberi kesan ketara kepada kualiti udara negara.

“Asap debu letusan tidak memberi kesan ketara kepada bacaan indeks pencemaran udara (IPU) stesen-stesen pengawasan kualiti udara dalam negara.

“Tiada peningkatan bacaan pencemar pepejal terampai (PM2.5 dan PM10), SO2, nitorgen dioksida (NO2), ozon (O3) dan karbon monoksida (CO) yang direkodkan,” katanya kepada BH.

Sementara itu, berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat jam 12.30 tengah hari ini, kebanyakan kawasan di Semenanjung merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana.

Antara kawasan itu termasuk Cheras, Kuala Lumpur (79); Banting, Selangor (92); Tanah Merah, Kelantan (75); Seberang Jaya, Pulau Pinang (67); Tasek Ipoh, Perak (65); Alor Setar, Kedah (66); Port Dickson, Negeri Sembilan (63); Bukit Rambai, Melaka (76); dan Pasir Gudang di Johor (60).

Selain itu, kebanyakan kawasan di Sabah dan Sarawak pula merekodkan bacaan IPU pada tahap baik.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini