comscore
Tumpuan :
Nasional

Anak bekas PM tepis dakwaan disiasat SPRM

Tan Sri Mokhzani Mahathir (kiri) dan Mirzan Mahathir.

KUALA LUMPUR: Anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menepis dakwaan sesetengah pihak bahawa mereka berada di bawah siasatan Suruhajaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Dalam kenyataan bersama, Tan Sri Mokhzani dan Mirzan Mahathir berkata perintah notis yang diberikan kepada mereka adalah sebagai anak kepada seorang yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Katanya, keseluruhan siasatan itu bagi menentukan sama ada bapanya menyalahgunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri untuk memperkayakan mereka.

“Kami menyangkal serta menolak tuduhan ini dan ingin membuktikan bahawa apa sahaja yang kami perolehi selama ini adalah melalui cara yang sah, menggunakan saluran betul tanpa membabitkan sebarang aktiviti jenayah.”

“Memandangkan kami dikehendaki mengisytiharkan aset yang diperolehi selama tempoh 43 tahun dan disebabkan kekurangan rekod maklumat selama tempoh berkenaan, adalah membantu sekiranya pihak SPRM dapat menentukan (melanjutkan) tempoh masa yang bagi siasatan mereka.”

“Terdapat juga sindiran yang menyatakan bahawa kami memerlukan lebih banyak masa kerana kekayaan kami yang terlalu banyak. Ini tidak benar sama sekali,” kata mereka dalam kenyataan bersama itu hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengakui pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap Dr Mahathir bersama dua anaknya.

Namun Azam tidak dapat memberikan maklumat secara jelas berkenaan isu yang sedang disiasat.

Mengulas lanjut mengenai lanjutan masa yang diperlukan, kedua-dua mereka memaklumkan kebanyakan dokumen yang diperlukan itu sudah tidak lagi boleh didapati terutamanya dari institusi kewangan dan juga sektor awam.

“Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) contohnya hanya memerlukan pembayar cukai untuk menyimpan rekod yang mencukupi untuk tempoh tujuh tahun dan begitu juga dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).”

“Bagaimanapun, kami sedang berusaha sedaya upaya untuk mengumpulkan dokumen ini tetapi ada yang hampir mustahil untuk diperolehi memandangkan ia tidak lagi wujud,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini