comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Dua pengurusan SFC akan diambil keterangan, kemungkinan sasaran seterusnya 

 


PETALING JAYA: Susulan insiden yang menimpa Faisal Halim, dua pengurusan Selangor FC(SFC) akan dirakam keterangan oleh polis dalam masa terdekat ekoran didakwa menjadi sasaran seterusnya.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain pihaknya sudah menghubungi kedua-dua individu terbabit.

“Semalam kita sudah hubungi dan akan ambil keterangan kedua-dua mereka,” katanya selepas melakukan tinjauan di kawasan kejadian, di sini hari ini.

Ahad lalu, Faisal diserang ketika berada di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya, kira-kira jam 5 petang.

Berikutan itu, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat pada badan dan mukanya selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali.

Berikutan itu, media melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon dikhabarkan bakal menjadi sasaran seterusnya simbahan asid.

Menurut sumber, perkara itu dimaklumkan seorang pegawai Selangor FC kepada Johan ketika melawat tonggak skuad Gergasi Merah, Faisal di sebuah hospital swasta, pada Ahad.

Sumber berkata, pegawai berkenaan mendapat panggilan daripada individu tidak dikenali yang mengatakan Johan mangsa seterusnya dan perlu berhati-hati kerana dibimbangi menjadi mangsa simbahan asid.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini