comscore
Tumpuan :
Nasional

Helikopter terhempas: Bedah siasat 10 mangsa selesai tengah hari esok

Pengamal media berkampung di perkarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun membuat liputan mangsa nahas dalam insiden helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut hari ini. FOTO: NSTP

Oleh: Hilmi Abdul Malik

IPOH: Proses bedah siasat ke atas 10 mayat anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas membabitkan dua helikopter sudah dimulakan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, dan dijangka selesai pada lewat tengah hari esok.

Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Datuk Dr Megat Iskandar Megat Abdul Hamid, menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, semua mayat mangsa terdiri tujuh lelaki dan tiga wanita itu tiba di pekarangan Jabatan Forensik hospital pada jam 6 petang tadi.

“HRPB dengan ini memohon kerjasama semua pihak untuk memberi ruang memastikan prosedur bedah siasat serta pengecaman mangsa dapat dijalankan dengan lancar oleh pihak Jabatan Forensik HRPB, selain menghormati privasi waris mangsa,” memetik kenyataan itu.

Sekurang-kurangnya 10 maut apabila dua helikoter terhempas dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi tadi.

Insiden masing-masing melibatkan helikopter Operasi Maritim (HOM) jenis AW139 dan Fennec M502-6.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini