comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes tembakan di KLIA: 27 individu termasuk isteri suspek dirakam keterangan  

KUALA LUMPUR: Kes tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, polis sudah merakam keterangan 27 individu setekat ini.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar motif utama (kes) masih sama iaitu disebabkan hal peribadi.

“Kita akan menyambung reman suspek tujuh hari lagi selepas tempoh remannya akan tamat Isnin ini dan dijangka akan dituduh dalam masa terdekat.

“Sehingga hari ini, seramai 27 individu sudah dirakam percakapan termasuk isteri suspek.,” katanya kepada media ketika ditemui di Masjid Negara, di sini, hari ini.

Kata Hussein lagi, suspek yang pernah membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta di Kelantan, kerana ingin bekerja di Arab Saudi.

Siasatan polis tambahnya mendapati suspek membuat pemeriksaan di hospital terbabit seminggu sebelum kejadian tembakan itu.

Beliau berkata, kertas siasatan sedang dilengkapkan dan akan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk pertuduhan.

Dalam insiden jam 1.20 pagi Sabtu lalu, Hafizul Harawi, 38, melepaskan tembakan ke arah isterinya yang dipercayai sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di balai ketibaan antarabangsa KLIA Terminal 1.

Bagaimanapun, tembakan itu terkena seorang lelaki tempatan yang juga pengawal peribadi isteri suspek.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini