comscore
Tumpuan :
Nasional

Tembak KLIA: Pengawal peribadi belum sedarkan diri

Muhammmad Nur Hadith masih ditidurkan di Hospital Cyberjaya selepas pembedahan usus kelmarin.

KUALA LUMPUR: Pengawal peribadi yang ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor, belum sedarkan diri.

Siti Noraida Hassan, 38, berkata suaminya Muhammmad Nur Hadith Zaini kini masih ditidurkan di Hospital Cyberjaya.

“Suami ditidurkan dan masih dalam pemantauan doktor,” katanya dihubungi

Kelmarin, Muhammmad Nur Hadith menjalani pembedahan usus di hospital berkenaan dan dilaporkan stabil.

Menurut Siti Noraida, selepas pembedahan suami memerlukan pemantauan antara lima hingga enam hari manakala buah pinggang mungkin memerlukan dialisis sementara.

Terdahulu, mangsa berusia 38 tahun cedera selepas ditembak Hafizul Harawi yang melepaskan dua das tembakan ke arah isterinya ketika menunggu jemaah umrah di KLIA jam 1.15 pagi Ahad lalu.

Bagaimanapun, satu tembakan tersasar manakala satu lagi tembakan mengenai bahagian perut mangsa.

Berikutan kejadian itu, suspek yang melarikan diri ditahan polis di Jalan Bayam, Kota Bharu, Kelantan, pada 15 April lalu.

Polis turut rampas pistol jenis Glock 19 Austria bersama peluru hidup, mercun bola, telefon bimbit, pasport serta empat keping kad pengenalan milik orang lain.

Suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 22 April ini untuk siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini