comscore
Tumpuan :
Nasional

Peruntukan Ahli Parlimen Pembangkang; Tiada syarat supaya sokong Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

KAJANG: Tiada syarat ditetapkan dalam peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang supaya menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Menurut  Anwar, perkara itu juga tiada dalam syarat yang dibincangkan pada Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Seri Perdana, Khamis lalu.

“Kita bagi mandat kepada TPM Datuk Seri Fadillah dan juga jawatankuasa dia tidak ada syarat untuk sokong Perdana Menteri ke sebab ia memandang perbincangan supaya kerajaan stabil dan kita tumpukan kepada tumpuan ekonomi yang menjamin keamanan, kestabilan itu yang biasa.Yang terperinci mereka boleh bincang”, katanya.

Anwar ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Teknologi Kajang tengahari tadi.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan bersetuju untuk mempertimbang menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang menerusi mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Seri Perdana kelmarin.

Satu memorandum persefahaman, MoU juga akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah perundingan seterusnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini