comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PM ucap takziah buat keluarga mendiang Joseph Kurup


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan jasa dan pengorbanan Tan Sri Joseph Kurup sepanjang menjadi menteri di peringkat persekutuan dan negeri, akan dikenang rakyat serta negara.

Perdana Menteri turut menzahirkan ucapan takziah buat keluarga mendiang termasuk kepada anak pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup.

“Kepada Datuk Arthur Joseph Kurup dan keluarga, moga tabah dan kuat dalam menerima khabar duka akan pemergian Tan Sri Joseph Kurup hari ini.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu meninggal dunia hari ini, pada usia 79 tahun.

Menurut laporan NST, beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Difahamkan, Kurup tidak sihat sejak sekian lama.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bersara daripada politik pada Januari tahun lalu selepas memegang jawatan Presiden PBRS sejak penubuhan parti itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini