comscore
Tumpuan :
Sukan

Usaha lahirkan pelari menara berprestasi tinggi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kejohanan Towerrunning Universiti Malaysia yang dianjurkan buat julung kalinya di Universiti UCSI di sini pada 18 Mei ini diharap menjadi ‘lubuk’ melahirkan lebih ramai pelari menara berprestasi tinggi pada masa hadapan.

Pengasas Persatuan Larian Menara Malaysia, Soh Wai Ching berkata, kejohanan dengan kerjasama jawatankuasa pelajar UCSI-Youth Beyond Boundaries itu adalah bersempena dengan Hari Belia Kebangsaan yang disambut pada 15 Mei setiap tahun.

“Matlamat kita nak dapatkan lebih banyak bakat larian menara dengan sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan Tinggi, rakan muda, Youth Beyond Boundaries dan UCSI.

“Malaysia sedang bina komuniti kuat yang menggemari larian menara, baru ada peluang disenaraikan di Sukan Sea 2027, setakat ini kita dah jumpa (adakan pertemuan) Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Abdul Rashid Yaakub bulan lepas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jaguh pelari menara itu menjangkakan 200 kumpulan daripada seluruh universiti di negara ini akan menyertai kejohanan berkenaan dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim sudah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan berkenaan.

Terdahulu ,Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim melancarkan kejohanan berkenaan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM16,800 menerusi lima kategori dipertandingkan iaitu lelaki universiti, wanita universiti, kumpulan universiti, terbuka lelaki dan terbuka wanita.==BERNAMA==

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini