comscore
Tumpuan :
Aduan Rakyat

792 ekor anjing liar ditangkap 

KUANTAN: Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menangkap 792 ekor anjing liar sepanjang tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Norkamawati Kamal, berkata tangkapan haiwan itu untuk memastikan keselamatan orang awam, khususnya di taman perumahan.

Katanya, taman perumahan antara kawasan yang menerima aduan kemunculan haiwan terbabit yang didapati berkeliaran yang boleh mengancam keselamatan.

“Kita turut memasang perangkap di kawasan `hotspot’ iaitu bergantung kepada lokasi.

“Bagi tempoh lima bulan ini, sebanyak 792 ekor anjing liar ditangkap yang kemudiannya diserahkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) untuk tindakan selanjutnya,” katanya hari ini.

Beliau berkata, pihaknya meminta kerjasama daripada orang ramai, khususnya penduduk melaporkan kepada Unit Kesihatan dan Keselamatan MBK berkaitan anjing liar.

Katanya, aduan itu untuk memastikan tiada ancaman dilakukan anjing terbabit jika berkeliaran.

Loading...
Terkini