comscore
Tumpuan :
Aduan Rakyat

MyOnline Pasport Didakwa Buat Pengguna Naik Hantu?

Oleh Juliana Sharin

PETALING JAYA: Setelah lima bulan sistem pembaharuan pasport secara dalam talian atau MyOnline Pasport dikuatkuasakan Jabatan Imigresen (JIM), rungutan mengenainya masih kedengaran.

Sistem yang sepatutnya menjadi pemudah cara jadi sebaliknya, pengguna pula mendakwa MyOnline Pasport terkebelakang.

Menurut pengadu Nadia Nazaruddin, dia terpaksa bergelut hampir sejam untuk mengisi permohonan memperbaharui pasportnya secara dalam talian.

Dakwanya sistem itu sering tergendala sehingga menyebabkan dia terpaksa membuat permohonan itu berulang kali.

“Hendak buat sistem untuk satu rakyat Malaysia, jadi perlu pastikan sistem lebih bagus tak boleh buat sistem ala ala sahaja, dan saya rasa sistem Food Panda lebih bagus, lebih cepat.

“Macam itulah jika nak buat sistem untuk semua,pastika melabur sikit untuk benda ini, sebab yang berkenaan bukan buat untuk syarikat, tapi untuk satu rakyat Malaysia,” dakwanya.

Nadia mendakwa ramai lagi yang ‘naik hantu’ berdepan kesulitan terutama memuat naik gambar mereka.

Lebih menghairankan gambar diambil di kedai pun gagal menepati spesifikasi yang diminta.

Turut mencemaskan sistem terganggu ketika pembayaran dibuat selain keluar resit bertulis rekod cap jari bermasalah.

Selesai memohon dalam talian, ketika pengambilan pasport lain pula ceritanya.

Disangka lebih mudah namun jauh meleset, pengguna masih perlu bersesak bersama mereka yang datang secara jumpa terus atau ‘walk-in’

Lebih malang yang datang awal pagi dimaklumkan pula nombor sudah habis.

Begitulah keluhan Zalekha Mohamad Wakil yang berdepan dengan pelbagai masalah menggunakan sistem tersebut.

“Jika kita dah buat secara dalam talian kita hanya pergi ambil sahaja. Kalau ambil mungkin dalam satu atau dua jam untuk pengambilan. Tapi kita dah buat secara dalam talian pun tetap perlukan pengesahan cap jari, kena ambil gambar balik dan perlu tunggu seharian. Jadi saya fikir macam sama sahaja,” rungutnya.

Jika sistem tidak bermasalah, satu-satu permohonan pelanggan boleh selesai dalam lima minit sahaja.

Keluh kesah Keluarga Malaysia dipanjangkan ke pihak yang sepatutnya, dan ikuti penjelasan Ketua Pengarah (JIM), dalam laporan kedua esok.

Sebarang aduan anda boleh emelkan ke [email protected]

Loading...
Terkini